Pelancaran dan promosi Red Punch

Pada 28 Januari 2020, kumpulan ini melancarkan jadual comeback yang mengandungi beberapa tarikh untuk perilisan kandungan berurutan untuk album.[3] Pada 29 Januari, kumpulan ini mengeluarkan konsep foto pertama solo versi A untuk ahli Sohee dan Dahyun dan teaser poster bergerak yang juga dikeluarkan.[4] Pada 30 Januari, konsep foto solo dan teaser poster bergerak ahli Yeonhee dan Yoonkyung dikeluarkan.[5]Pada 31 Januari, konsep foto solo dan teaser poster bergerak ahli Juri dan Suyun dikeluarkan bersama.[6]

Pada 1 Februari, video shooting jaket untuk ahli Juri, Suyun, dan Dahyun dikeluarkan.[7] Pada 2 Februari, video shooting jaket untuk ahli Yeon-hee, Yoon-kyung dan So-hee dikeluarkan.[8] Senarai lagu album ini dikeluarkan pada 3 Februari.[9] Versi pendek teaser video muzik untuk single utama "Bouncy" dikeluarkan pada 4 Februari.[10] Pada 5 Februari, kumpulan ini mengeluarkan versi konsep foto kedua untuk album tersebut.[11] Pada 6 Februari, teser persembahan untuk "Bounce" dikeluarkan.[12] Pada 7 Februari, highlight medley album dilancarkan berisi pratonton tujuh buah lagu untuk album ini.[13] Album ini dikeluarkan pada 10 Februari dalam format CD dan digital.[14] Video muzik untuk single utama "Bouncy" dikeluarkan bersempena dengan pelancaran album.[15]

Beberapa jam selepas album dilancarkan, Rocket Punch mengadakan showcase di Blue Square iMarket Hall, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul yang disiarkan menerusi aplikasi Naver V Live.[16] Mereka membawakan lagu dari album tersebut untuk pertama kalinya di showcase itu.[17] Kumpulan ini mula mempromosikan album ini melalui program muzik di Korea Selatan, bermula dengan Mnet M Countdown pada 13 Februari, di mana mereka membuat persembahan untuk single utama "Bouncy".[18]

Rujukan

WikiPedia: Red Punch http://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=1038... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... https://entertain.naver.com/read?oid=001&aid=00113... https://entertain.naver.com/read?oid=076&aid=00035... https://entertain.naver.com/read?oid=108&aid=00028... https://entertain.naver.com/read?oid=108&aid=00028... https://entertain.naver.com/read?oid=108&aid=00028... https://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=00041... https://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=00041... https://entertain.naver.com/read?oid=112&aid=00032...